Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, April 10, 2009

Ahmad Dasuki Ismail @ BiG


Umur : 23 tahun
Jantina : Lelaki
Pekerjaan : Pelajar
Status : Bujang
Lokasi : Kelantan
Ahmad Dasuki bin Ismail berasal dari Kg Bukit Tanah, Bukit Jawa, Pasir Puteh, Kelantan. Kini Sedang menuntut di tahun akhir iaitu semester enam di Universiti Putra Malaysia. Anak bongsu daripada empat adik beradik. Membesar dalam keluarga yang seederhana. Kini Abang sulung di Kok Lanas, Kelantan, kakak di Pasir Puteh, dan abang kepada saya di Sarawak. Semua adik beradik saya berkerjaya di bawah bidang yang sama iaitu guru sekolah. Bapa saya hanya bekerja sebagai petani manakala ibu saya hanya suri rumah sepenuh masa. Hobi saya adalah bersukan, berkenalan, berkongsi pandangan dan banyak lagi.

Thursday, April 9, 2009

Secebis Pedoman....

TERTAWA DI DUNIA MENANGIS DI AKHIRAT

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda'Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati'.
Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi.
Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak ketawa yang melampuai batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkanakal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.
Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah?Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedangmenuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi.Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita. Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.
"Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur". Demikian ditegaskan oleh Nabi S.A.W. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengans ikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.
Ketawa yang melampaui batas menjadikankita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi S.A.W pernah bersabda: "Barangsiapa tertawa-tawa nescaya dilaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."
Saidina Ali sentiasa mengeluh '....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....' Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.
Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda"Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka."Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.
Kita tidak pula dilarang menunjukkanperasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.
Para sahabat pernah berkata "Ketawa segala Nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak."

Wednesday, April 8, 2009

InGatlah Wahai KAwaN-kAwan...

DERHAKA KEPADA IBU BAPA MENEMPA KEMURKAAN ALLAH

Dalam jalur hubungan secara mendatar di antara sesama manusia, dari segi tertib dan prioriti, hubungan dengan ibu bapa mempunyai martabat yang khusus dan tinggi. Bagi anak, dia hendaklah meletakkan pada kedudukan yang tinggi dan istimewa martabat kemuliaan ibu bapa dan wajib mendahulukan mereka sebelum orang lain dalam berbuat bakti selepas Allah Ta‘ala dan RasulNya. Kemuliaan dan ketinggian martabat ibu bapa itu bukan diangkat oleh siapa-siapa tetapi diangkat dan dimuliakan oleh Allah Subhanahu wa ta'ala, sehinggakan Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang maksudnya :
“Keredhaan Allah terletak pada keredhaan bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan bapa.”(Hadits riwayat At-Tirmidzi)
Sebab apa Allah mengangkat martabat ibu bapa? Kerana ibu dan bapa sangat besar jasanya kepada kita. Tidak ada manusia di muka bumi ini yang lebih besar jasanya kepada kita selain ibu dan bapa. Dengan susah payah ibu kita mengandungkan dan melahirkan. Kemudian ibu bapa kita mengasuh, membesarkan, mendidik dan mencukupkan segala keperluan. Semua itu dilakukan dengan tulus ikhlas dan dengan rasa penuh kasih sayang.


Oleh itu, dalam membina hubungan sesama manusia, ibu bapa mestilah mendapat keutamaan lebih daripada orang lain. Sangat ganjil rasanya jika seseorang mempunyai hubungan yang baik dengan orang lain seperti kawan-kawan di pejabat, di sekolah dan sebagainya, akan tetapi hubungan dengan ibu bapa sendiri diabaikan, apatah lagi jika diderhakai.
Tuntutan berbuat baik kepada ibu bapa bukanlah berdasarkan adat atau kebiasaan yang diwarisi turun-temurun, akan tetapi ianya merupakan tuntutan syara‘. Islam menuntut supaya setiap orang berbuat baik kepada ibu bapa, dan hukumnya adalah fardhu ‘ain. Maknanya, apabila dihukumkan fardhu ‘ain maka setiap orang wajib berbuat baik kepada ibu bapanya sendiri, dan perkara berbuat baik kepada keduanya itu bukanlah suatu yang boleh diwakil-wakilkan kepada orang lain untuk melakukannya. Tuntutan ini banyak dijelaskan melalui dalil-dalil syara‘, di antaranya sebagaimana terkandung di dalam firman Allah Ta‘ala yang tafsirnya :

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah!’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah menghinakan diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”(Surah Al-Israa’, ayat 23-24)
Di dalam ayat yang lain Allah Subhanahu wa ta'ala berfirman yang tafsirnya :
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.”(Surah Al-Ahqaf, ayat 15)
Sementara dalil-dalil yang terdiri daripada hadits Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam yang menegaskan tentang perkara ini, di antaranya hadits yang diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr bin ‘Al-‘Ash, beliau berkata yang maksudnya :
“Seorang lelaki datang berjumpa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam, beliau meminta izin untuk berjihad, lalu Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bertanya: “Adakah kedua ibu bapamu masih hidup?” Beliau menjawab: “Ya”, Baginda Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Maka kepada keduanyalah engkau berjihad (berbuat baik kepada keduanya dengan jiwa dan harta).”(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Hadits di atas memberi petunjuk hukum bahawa berbuat baik kepada kedua ibu bapa itu adalah lebih diutamakan berbanding tuntutan berjihad pada jalan Allah, kerana berjihad pada jalan Allah itu merupakan tuntutan fardhu kifayah (apabila sebahagian orang melakukannya maka gugurlah tuntutan kepada sebahagian yang lain), sedangkan berbuat baik dengan kedua ibu bapa itu merupakan tuntutan fardhu ‘ain, di mana setiap orang mesti melakukannya. Fardhu ‘ain lebih kuat atau lebih tegas tuntutannya berbanding fardhu kifayah. Oleh itu wajib bagi setiap orang berbuat ihsan kepada kedua ibu bapanya.

Monday, March 30, 2009

Kenangan Tokoh Sastera(Dr. Kamariah Kamarudin)


BIODATA


Pengenalan Diri
Nama: Kamariah Binti Kamarudin
Nama Penulisan: Kamariah Kamaruddin
Tarikh Lahir: 23 Mac 1973
Tempat Lahir: Kemaman, Terengganu Darul Iman
No Kad Pengenalan: 730323-11-5158
Alamat: Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM 43400 Serdang Selangor atau No. 4, Jalan 8/32C, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor
No Telefon: 03-89468755(pejabat) dan 012-2121882 (bimbit)
Emel:kkamaria@fbmk.upm.edu.my atau kamariahkamarudin@yahoo.com



Pendidikan
Persekolahan Rendah:
Sekolah Kebangsaan Chukai Kemaman (1980-1983)
Sekolah Kebangsaan Binjai Kemaman (1984-1985)

Persekolahan Menengah:
Sekolah Menengah Agama al-Falah Kemaman (1986-1990)
Sekolah Menengah Chukai Kemaman (1991-1992)
Kolej Negeri Negeri Sembilan (1993)

Universiti:
Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengajian Media), di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (1994 -1998)
Ijazah Sarjana Sastera (Persuratan Melayu), di Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (1998-2000)
Ijazah Doktor Falsafah (Pengajian Melayu), di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (2001-2005)

Sunday, March 29, 2009

Luahan Hati Seorang Ilmuan Berjaya

DARIPADA PELAJAR UNTUK GURU, DARIPADA GURU UNTUK GURU

Saya kira bahagia seorang pendidik apabila para pelajar menghargainya dengan cara mengingatinya atau menghubunginya dengan apa cara alat telekomunikasi yang ada pada hari ini. Sementelahan mengkhabarkan kejayaan masing-masing sama ada dalam pelajaran atau kehidupan. Saya maklum itu daripada kedua-dua orang tua saya, Cikgu Haji Kamarudin dan Cikgu Hajah Sa'adiah yang hampir 40 tahun bergelumang dalam dunia pendidikan amat terharu saat menerima kunjungan atau menerima ungkapan mewartakan "saya adalah anak murid cikgu"; memperlihatkan jasanya dikenang dan ilmunya dimanfaatkan demi agama, bangsa dan nusa yang dicintai.

Maka hari ini, saya mengalami situasi yang sama; kala menerima secebis ingatan daripada mahasiswa yang pernah mengaut ilmu di kampus hijau amat saya senangi. Dan antara yang membekas di kalbu saat saya menerima ungkapan daripada sistem pesanan ringkas (sms) ini: "Assalamualaikum Dr, terima kasih di atas segala ilmu, bimbingan, dan semangat yang diberikan, sehingga saya berjaya beroleh Master dengan jayanya...Semoga Allah membalas jasamu..." Saya fikir semua para pelajar yang pernah mengikuti kuliah saya maklum sikap saya; amat "tegas" dan "serius" sewaktu mengajar, dan amat "cerewet" dan "teliti" semasa menyemak tugasan kajian. Dan saya fikir pelajar yang menghubungi saya ini antara pelajar yang benar-benar memahami sikap saya sebagai "pendidik" yang lahir daripada keluarga "pendidik". Terima kasih kembali buat pelajar saya ini yang menyanjung saya sebegitu rupa walhal saya selalu diingat bonda bahawa "mendidik bukan sekadar mengajar tetapi mengasuh dan bertungkus lumus mengajar bukan untuk dipuji tetapi untuk diberkati Ilahi", begitu saya pasakkan selalu dalam kalbu setiapkali kaki melangkah ke kampus hijau mendepani karenah anak-anak muda yang begitu mencabar bongkah kesabaran saya hari ini.
Alhamdulillah, andai begitu tindakbalas yang saya terima hasil daripada pengalaman saya berbakti di kampus Serdang ini, amat saya syukuri. Walaupun saya pernah terluka angkara sekumpulan para pelajar yang mengambil subjek saya suatu ketika "mengomel" dan "berbisik-bisik" di luar kuliah kerana saya mengarahkan tajuk tugasan yang sukar, yang seketika hampir mematahkan semangat saya untuk terus berbakti di sini, tetapi dengan sokongan keluarga, adik-beradik dan sahabat-sahabat sejati, akhirnya saya masih utuh berdiri dan teguh berlari sehingga hari ini.

Saya, Dr. Kamariah Kamarudin memang "tegas", memang "serius", memang "cerewet", memang "garang" tetapi saya akan menjadi "lunak", "prihatin", "simpati" dan "mesra" jika para pelajar saya "patuh", "rajin", berbudi bahasa" dan "budiman". Untuk semua mahasiswa yang pernah menghadiri kuliah saya dan ikhlas menerima pengajaran saya, mudah-mudahan kalian dirahmati Ilahi dalam apa sahaja bidang yang diceburi. Moga segala ilmu itu dapat dimanfaatkan buat bekal perjalanan panjang pada sebuah destinasi yang penghujungnya adalah alam akhirat nanti. Kerana perjalanan meraih ilmu dan perjalanan mengaut pengalaman berguru tiada noktah dan saya amat berterima kasih kepada barisan "guru-guru" saya khususnya para pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia lantaran mencorakkan "kehidupan" dan melakarkan "kemenangan" saya hari ini!

Saturday, March 28, 2009

Karya-karya terkenal Dr. Kamariah Kamarudin


Kumpulan Cerpen Mencari Kamil



Novel Sebuah Syakirah 2001



Novel Kau Yang Kusayang




Novel Tanda Sebuah Kurnia 1998






Friday, March 27, 2009

Karya Kreatif Ihlam Dr. Kamariah

1. Novel: Takdir Bukan Hukuman (DBP 1992), Tiada Noktah Kasih (DBP 1996), Tanda Sebuah Kurnia (Creative Enterprise 1998), Destinasi (Bersiri dalam Majalah ANIS 2000-2001), Sebuah Syakirah (Creative Enterprise 2001) dan Kau Yang Ku Sayang (Creative Enterprise 2004)


2. Cerpen: Bukan Itu Yang Kupinta...(Tempat Ketiga Majalah Sekolah 1987), Gelora Rasa (Majalah Dewan Siswa Februari 1989), Pantai, Betapa Kau Mengembalikan Kenangan (Majalah Dewan Siswa Jun 1989), Ingatan Buat Wardah (Majalah Dewan Siswa Disember 1992), Warisan (Majalah Dakwah Julai 1997), Meredah Cita-cita (Majalah Muslimah Ogos 1997), Kembara Kasih (Majalah Perempuan Oktober 1997), Angkara Marhaini (Majalah Mingguan Wanita Februari 1998), Percaturan (Majalah Anis Julai 1998), Perancangan (Majalah al-Manar Universiti Malaya, edisi Julai-Disember 1998), Mencari Kamil II (Majalah An-Nur Julai 2003) dan Rahmah wa Mawaddah (Majalah Dewan Sastera Disember 2005)


3. Puisi: Di Mana Arah Tujuan? (Majalah Sekolah 1989), Noktahnya Punah (Mingguan Tempo 17 Okt 1993), Hidup Terlalu Menuntut Kesabaran (Mingguan Tempo 17 Okt 1993), Perjalanan Umrah (ii) dan Perjalanan Umrah (iii) (Mingguan Tempo 26 Disember 1993), Musim Menyusur Pergi (Mastika Mac 1994), Perjalanan Umrah (i) (Buletin Darul Iman Mac/April 1994), Kunyah Pedih (Berita Harian 27 Februari 1998), Seperti Semalu (Berita Harian 27 Februari 1998) dan Menolak dan Ditolak (Dewan Sastera Ogos 1999), Musim Menyusur Pergi (Majalah Dewan Sastera, Malaysia Disember 2007, Majalah Horison, Indonesia Disember 2007 dan Majalah Wadah, Brunei Darussalam Disember 2007).


4. Antologi Cerpen Bersama: ‘Tuah Kak Long’ dlm. Antologi Tidak Sepanas Bara (DBP 1991), ‘Perjuanganmu dan Perjuanganku’ dlm. Antologi Selembut Najwa (DBP 1991), ‘Bila Bulan Mengambang, Bila Angin Menerbang’ dan ‘Rahmah Wa Mawaddah’ dlm. Antologi Entusias (FBMK UPM, 2005)


5. Antologi Puisi Bersama: ‘Bangkit Bersama Kekuatan’, ‘Bicara Perawan Setia’ dan ‘Kutemui Desir Laut dan Kuntuman Bunga’ dlm. Antologi Impian Kecilku (DBP 1991).

6. Kamariah Kamarudin, 2007. “Love and Affection”, (terj. Hasnah Ibrahim) dlm. Jurnal Malay Literature, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 55-62.

7. Kamariah Kamarudin, 2008. Kumpulan Cerpen Mencari Kamil. Serdang: Citra Kurnia Sdn. Bhd.

8. Kamariah Kamarudin, 2008. Cerpen “Orang Berilmu lwn Orang Biadab” dlm. Majalah Dewan Sastera Jun 2008. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 107-112.

9. Kamariah Kamarudin, 2008. Cerpen “Hijab” dlm. Majalah Dewan Sastera Disember 2008. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 82- 91.