Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, March 30, 2009

Kenangan Tokoh Sastera(Dr. Kamariah Kamarudin)


BIODATA


Pengenalan Diri
Nama: Kamariah Binti Kamarudin
Nama Penulisan: Kamariah Kamaruddin
Tarikh Lahir: 23 Mac 1973
Tempat Lahir: Kemaman, Terengganu Darul Iman
No Kad Pengenalan: 730323-11-5158
Alamat: Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM 43400 Serdang Selangor atau No. 4, Jalan 8/32C, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor
No Telefon: 03-89468755(pejabat) dan 012-2121882 (bimbit)
Emel:kkamaria@fbmk.upm.edu.my atau kamariahkamarudin@yahoo.com



Pendidikan
Persekolahan Rendah:
Sekolah Kebangsaan Chukai Kemaman (1980-1983)
Sekolah Kebangsaan Binjai Kemaman (1984-1985)

Persekolahan Menengah:
Sekolah Menengah Agama al-Falah Kemaman (1986-1990)
Sekolah Menengah Chukai Kemaman (1991-1992)
Kolej Negeri Negeri Sembilan (1993)

Universiti:
Ijazah Sarjana Muda Sastera (Pengajian Media), di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (1994 -1998)
Ijazah Sarjana Sastera (Persuratan Melayu), di Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (1998-2000)
Ijazah Doktor Falsafah (Pengajian Melayu), di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (2001-2005)

Sunday, March 29, 2009

Luahan Hati Seorang Ilmuan Berjaya

DARIPADA PELAJAR UNTUK GURU, DARIPADA GURU UNTUK GURU

Saya kira bahagia seorang pendidik apabila para pelajar menghargainya dengan cara mengingatinya atau menghubunginya dengan apa cara alat telekomunikasi yang ada pada hari ini. Sementelahan mengkhabarkan kejayaan masing-masing sama ada dalam pelajaran atau kehidupan. Saya maklum itu daripada kedua-dua orang tua saya, Cikgu Haji Kamarudin dan Cikgu Hajah Sa'adiah yang hampir 40 tahun bergelumang dalam dunia pendidikan amat terharu saat menerima kunjungan atau menerima ungkapan mewartakan "saya adalah anak murid cikgu"; memperlihatkan jasanya dikenang dan ilmunya dimanfaatkan demi agama, bangsa dan nusa yang dicintai.

Maka hari ini, saya mengalami situasi yang sama; kala menerima secebis ingatan daripada mahasiswa yang pernah mengaut ilmu di kampus hijau amat saya senangi. Dan antara yang membekas di kalbu saat saya menerima ungkapan daripada sistem pesanan ringkas (sms) ini: "Assalamualaikum Dr, terima kasih di atas segala ilmu, bimbingan, dan semangat yang diberikan, sehingga saya berjaya beroleh Master dengan jayanya...Semoga Allah membalas jasamu..." Saya fikir semua para pelajar yang pernah mengikuti kuliah saya maklum sikap saya; amat "tegas" dan "serius" sewaktu mengajar, dan amat "cerewet" dan "teliti" semasa menyemak tugasan kajian. Dan saya fikir pelajar yang menghubungi saya ini antara pelajar yang benar-benar memahami sikap saya sebagai "pendidik" yang lahir daripada keluarga "pendidik". Terima kasih kembali buat pelajar saya ini yang menyanjung saya sebegitu rupa walhal saya selalu diingat bonda bahawa "mendidik bukan sekadar mengajar tetapi mengasuh dan bertungkus lumus mengajar bukan untuk dipuji tetapi untuk diberkati Ilahi", begitu saya pasakkan selalu dalam kalbu setiapkali kaki melangkah ke kampus hijau mendepani karenah anak-anak muda yang begitu mencabar bongkah kesabaran saya hari ini.
Alhamdulillah, andai begitu tindakbalas yang saya terima hasil daripada pengalaman saya berbakti di kampus Serdang ini, amat saya syukuri. Walaupun saya pernah terluka angkara sekumpulan para pelajar yang mengambil subjek saya suatu ketika "mengomel" dan "berbisik-bisik" di luar kuliah kerana saya mengarahkan tajuk tugasan yang sukar, yang seketika hampir mematahkan semangat saya untuk terus berbakti di sini, tetapi dengan sokongan keluarga, adik-beradik dan sahabat-sahabat sejati, akhirnya saya masih utuh berdiri dan teguh berlari sehingga hari ini.

Saya, Dr. Kamariah Kamarudin memang "tegas", memang "serius", memang "cerewet", memang "garang" tetapi saya akan menjadi "lunak", "prihatin", "simpati" dan "mesra" jika para pelajar saya "patuh", "rajin", berbudi bahasa" dan "budiman". Untuk semua mahasiswa yang pernah menghadiri kuliah saya dan ikhlas menerima pengajaran saya, mudah-mudahan kalian dirahmati Ilahi dalam apa sahaja bidang yang diceburi. Moga segala ilmu itu dapat dimanfaatkan buat bekal perjalanan panjang pada sebuah destinasi yang penghujungnya adalah alam akhirat nanti. Kerana perjalanan meraih ilmu dan perjalanan mengaut pengalaman berguru tiada noktah dan saya amat berterima kasih kepada barisan "guru-guru" saya khususnya para pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia lantaran mencorakkan "kehidupan" dan melakarkan "kemenangan" saya hari ini!

Saturday, March 28, 2009

Karya-karya terkenal Dr. Kamariah Kamarudin


Kumpulan Cerpen Mencari Kamil



Novel Sebuah Syakirah 2001



Novel Kau Yang Kusayang




Novel Tanda Sebuah Kurnia 1998






Friday, March 27, 2009

Karya Kreatif Ihlam Dr. Kamariah

1. Novel: Takdir Bukan Hukuman (DBP 1992), Tiada Noktah Kasih (DBP 1996), Tanda Sebuah Kurnia (Creative Enterprise 1998), Destinasi (Bersiri dalam Majalah ANIS 2000-2001), Sebuah Syakirah (Creative Enterprise 2001) dan Kau Yang Ku Sayang (Creative Enterprise 2004)


2. Cerpen: Bukan Itu Yang Kupinta...(Tempat Ketiga Majalah Sekolah 1987), Gelora Rasa (Majalah Dewan Siswa Februari 1989), Pantai, Betapa Kau Mengembalikan Kenangan (Majalah Dewan Siswa Jun 1989), Ingatan Buat Wardah (Majalah Dewan Siswa Disember 1992), Warisan (Majalah Dakwah Julai 1997), Meredah Cita-cita (Majalah Muslimah Ogos 1997), Kembara Kasih (Majalah Perempuan Oktober 1997), Angkara Marhaini (Majalah Mingguan Wanita Februari 1998), Percaturan (Majalah Anis Julai 1998), Perancangan (Majalah al-Manar Universiti Malaya, edisi Julai-Disember 1998), Mencari Kamil II (Majalah An-Nur Julai 2003) dan Rahmah wa Mawaddah (Majalah Dewan Sastera Disember 2005)


3. Puisi: Di Mana Arah Tujuan? (Majalah Sekolah 1989), Noktahnya Punah (Mingguan Tempo 17 Okt 1993), Hidup Terlalu Menuntut Kesabaran (Mingguan Tempo 17 Okt 1993), Perjalanan Umrah (ii) dan Perjalanan Umrah (iii) (Mingguan Tempo 26 Disember 1993), Musim Menyusur Pergi (Mastika Mac 1994), Perjalanan Umrah (i) (Buletin Darul Iman Mac/April 1994), Kunyah Pedih (Berita Harian 27 Februari 1998), Seperti Semalu (Berita Harian 27 Februari 1998) dan Menolak dan Ditolak (Dewan Sastera Ogos 1999), Musim Menyusur Pergi (Majalah Dewan Sastera, Malaysia Disember 2007, Majalah Horison, Indonesia Disember 2007 dan Majalah Wadah, Brunei Darussalam Disember 2007).


4. Antologi Cerpen Bersama: ‘Tuah Kak Long’ dlm. Antologi Tidak Sepanas Bara (DBP 1991), ‘Perjuanganmu dan Perjuanganku’ dlm. Antologi Selembut Najwa (DBP 1991), ‘Bila Bulan Mengambang, Bila Angin Menerbang’ dan ‘Rahmah Wa Mawaddah’ dlm. Antologi Entusias (FBMK UPM, 2005)


5. Antologi Puisi Bersama: ‘Bangkit Bersama Kekuatan’, ‘Bicara Perawan Setia’ dan ‘Kutemui Desir Laut dan Kuntuman Bunga’ dlm. Antologi Impian Kecilku (DBP 1991).

6. Kamariah Kamarudin, 2007. “Love and Affection”, (terj. Hasnah Ibrahim) dlm. Jurnal Malay Literature, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 55-62.

7. Kamariah Kamarudin, 2008. Kumpulan Cerpen Mencari Kamil. Serdang: Citra Kurnia Sdn. Bhd.

8. Kamariah Kamarudin, 2008. Cerpen “Orang Berilmu lwn Orang Biadab” dlm. Majalah Dewan Sastera Jun 2008. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 107-112.

9. Kamariah Kamarudin, 2008. Cerpen “Hijab” dlm. Majalah Dewan Sastera Disember 2008. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 82- 91.

Cabaran Sebelum Berjaya

Pengalaman Kerja
1.Wartawan Majalah ANIS di Galeri Ilmu Sdn.Bhd, Kuala Lumpur (1998-1999)
2.Guru di Sekolah Sri Cempaka, Damansara, Kuala Lumpur (1999-2000)
3.Tutor di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM (2000-2005)
4.Pensyarah di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM (2006-2008)
5. Pensyarah Kanan di Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM (Kini)

.

Penyelidikan Seorang Ahli Sastera

1. Kamariah Kamarudin, Lim Swee Tin, Arbak Othman, 2008. Modal Insan dalam Karya Sastera Sebagai Wahana Pembangunan Negara. Geran RUGS, Universiti Putra Malaysia.

2. Kamariah Kamarudin, Zaitul Azma Zainon Hamzah, 2008. Dialek Melayu dalam Karya Sastera: Satu Analisis Berdasarkan Latar dalam Novel-novel Terpilih. Geran Fakulti, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

3. Kamariah Kamarudin, Tengku Intan Marlina Tengku Mohamad Ali, Madiawati Mamat, 2008. Wan Salmah dalam Kembara Warisan Melayu Tradisi. Geran Khas Penyelidikan Jangka Pendek Universiti Penyelidikan, Universiti Malaya.

4. Kamariah Kamarudin, 2008. Projek Critical Views On Works By Abdullah Hussain. Dana Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Pembakar Semangat Dalam Berkarya

Puteri beliau, Zahra Kamila Zaidi akan mencecah usia 2 tahun tanggal Mac nanti. Makin bertambah usia, semakin banyak ragam dan keletahnya yang beliau kesani. Misalnya kala menatap buku dengan khusyuk sebelum lena, saat bercakap seorang diri dengan teddy bear kesayangannya dan sewaktu mengirai pakaiannya dalam almari, amat menguja diri beliau sebagai seorang ibu yang melahirkan anak kecil ini. Banyak tingkah lakunya yang dipamerkan hari ini terus mengingatkan diri saya pada zaman kanak-kanak beliau yang telah bertahun lamanya ditinggalkan, yang sudah menjadi memori dalam sanubari.

Puteri beliau ini, memandangkan dia tidak memiliki adik-beradik lain atau saudara sepupu lain, maka dia banyak melakukan urusannya secara sendiri. Juga mengingatkan saya pada perjalanan hidup saya zaman kanak-kanak yang melaksanakan kerja sama ada membaca, bermain dan mengemas rumah dengan diri sendiri. Oh! Begitu kehidupan ini; barangkali juga kerana puteri beliau ini mempunyai tarikh lahir yang sama dengan saya, maka banyak sifat-sifat beliau tumpah terhadap diri anaknya. Cuma adakalanya puteri beliau ini mempunyai sifat "garang" terhadap beliau dan juga terhadap mana-mana individu yang baharu dikenali, seringkali membuatkan beliau tidak selesa dan mula bersikap "garang" kepadanya semula.

Oleh yang demikian, salah satu pembakar semangat untuk beliau menghasilkan novel ataupun cerpen ialah puteri beliau yang bernama Zahra Kamila Zaidi. Oleh yang demikian, karya beliau yang baru terdapat di pasaran yang merupakan kumpulan cerpen hasil nukilan beliau iaitu bartajuk "Jendela Kamila.

WarKah untUk tatApaN BersaMa...

Dr. Kamariah dan Pengalaman Dengan Penerbitan

Sejak novel kelima, Kau Yang Kusayang (Creative Enterprise, 2004) berada di pasaran, beliau menjadi tidak selesa. Walaupun beliau tahu karya itu penting dalam menyampaikan perutusan berguna buat khalayak khususnya anak-anak muda, tetapi pemilihan judul demikian tidak langsung mencerminkan diri beliau yang sebenar. Buat pertama kali, beliau merasa marah dengan penerbitan novel tersebut. Sementelahan waktu itu beliau sedang bertungkus lumus menyiapkan tesis kedoktoran. Lantaran kerana penerbit terlalu mengejar komersial semata-mata, perasaan pengarang dan hak kepengarangan beliau dinafikan. Beliau hanya diberitahu pemilihan judul demikian ketika pihak ilustrasi telah melakukan sentuhan seninya untuk cover buku. Setelah bertahun-tahun berkarya, dan bertahun-tahun membina nama dan imej tersendiri, saat itu beliau merasakan sebagai seorang pengarang yang hilang jati diri. Dan beliau nekad meninggalkan penerbitan Creative Enterprise walaupun beliau mempunyai hubungan yang amat baik dengan editornya, Puan Anida Daud. Penerbitan Kumpulan Cerpen Mencari Kamil (Citra Kurnia, 2008) menjadi penawar untuk beliau terus berkarya, berkarya dan berkarya dengan roh kepengarangan yang tersendiri

Dr. Kamariah dan Dunia Sastera Hari ini

Setelah 20 puluh tahun terlibat dalam bidang penulisan kreatif, dan 15 belas tahun dalam bidang keilmiahan dan pengkajian, beliau merasakan setiap pengarang wajar mempunyai "roh" mereka yang tersendiri dalam proses pengkaryaan. Bukan mudah untuk melakar "nama" dengan hanya menurut kemahuan orang lain, memenuhi tuntutan pasaran, atau memikirkan jalur komersial tanpa memiliki jiwa seni yang puitis dan bentuk sastera yang estetika yang mengajak khalayak pembaca ke arah pemupukan insani, akal budi dan agamawi.

Dr. Kamariah, yang kini bukan sekadar menggalas amanah sebagai "pengarang", bahkan sebagai "pendidik", "pengkaji", "pengkritik", dan "pendakwah" sekali gus amat senang andai karyanya bukan hanya dinikmati untuk tempoh-tempoh yang tertentu atau sekadar melelapkan mata menghantar mimpi di tempat tidur atau melepaskan tekanan minda di celah kesibukan bekerja tetapi mengharapkan lebih daripada itu. Hendaknya yang bernama "Kamariah Kamaruddin" dapat mempertahankan persuratan Melayu dan Islam yang satu yang kini diancam rakus oleh anasir-anasir luar khususnya penjajah yang menjajah bahasa, budaya dan agama secara halus. Beliau menyeru, pengarang wajar memiliki roh kepengarangannya yang tersendiri sejajar dengan ungkapan "manusia mati meninggalkan nama" dan perlu meninggalkan khazanah yang berharga buat generasi yang bakal mencorak nusa dan bangsa

Thursday, March 26, 2009

Hendak Berjaya Memang Susah, Tak Berjaya Lagilah Susah

Menurut Dr. Kamariah Kamarudin... banyak aktiviti yang dilakukan dalam menceburi bidang sastera ini. Antaranya ialah:

1. Peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur (31 Julai-4 Ogos 1989)
2. Peserta Kursus Kewartawan dan Penulisan Utusan Malaysia (16-18 Julai 1993)
3. Peserta Perkampungan Penulis Remaja Pantai Timur Ikatan Sastera Remaja Cheneh Kemaman (6-8 Mei 1993)
4. Peserta Hari Sastera Shah Alam GAPENA (4-7 Jun 1993)
5.Peserta Kursus Asas Kewartawan Persatuan Wartawan Melayu Malaysia Cawangan Terengganu (18 Disember 1993)
6. Peserta Bengkel Penulisan Cerpen Remaja Persatuan Sasterawan Terengganu (10-11 Disember 1993)
7. Peserta Konferensi Wanita Kebangsaan Biro Siswi Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (14 Oktober 1995)
8. Peserta Bengkel Penulisan Kreatif Wilayah Timur (Drama dan Prosa) Dewan Bahasa dan Pustaka (14-16 Ogos 1997)
9. Peserta Hari Raja Ali Haji Riau (29-31 Okt 1996)
10. Peserta Pertemuan Sasterawan Nusantara Johor Bharu (15-17 Julai 1999)
11. Peserta Seminar Teori Sastera Islam: Kaedah dan Penerapannya Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur (28-29 September 2000)
12. Peserta Seminar Bahasa dan Sastera MABBIM dan MASTERA (12-16 Mac 2001)
13. Peserta Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur dan MASTERA (26-29 Ogos 2001)
14. Peserta Seminar Kesusasteraan dan Undang-undang Akademi Pengajian Melayu UM (26-27 Julai 2001)
15. Peserta Persidangan Isu dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur (29-31 Januari 2002)
16. Peserta Wacana Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan Sempena Minggu HSKU 2002 (30 Mei 2003)
17. Peserta Seminar Kesusasteraan dan Alam Sekitar Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur (22-23 Jun 2003)
18. Hakim Pesta Pantun Peringkat Kolej Universiti Kebangsaan Malaysia (4-6 Julai 2003)
19. Peserta Seminar Emosi Melayu Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (11-12 Julai 2003)
20. Peserta Seminar Wanita dan Kesusasteraan Melayu Kini dan Masa Depan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur (25-26 Ogos 2003)
21. Peserta Baca Cerpen Berterusan 96 jam KAVYAN (29 0gos-2 September 2003)
22. Peserta Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Asia Tenggara Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur dan MASTERA (21-23 September 2003)
23. Peserta Seminar Pemikiran Sasterawan Negara S.Othman Kelantan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur (24-26 Mei 2004)
24. Panel Hakim Hadiah Sastera Kumpulan Utusan dan Exxon Mobil 200325. Ceramah Penulisan Kreatif dan Sastera di Sekolah Menengah Kebangsaan Karak Pahang (20 April 2004

Wednesday, March 25, 2009

Diari Hidup

Ketika dan Kalimat…

Bahasa Dalam Multimedia….ermmmmm…risau aku memikirkan tentang subjek ni. Semasa nak ‘key in’ subjek dulu pun termenung panjang kerana setahu aku subjek bahasa dalam multimedia ni susah. Tapi apakan daya subjek wajib terpaksa la aku amik jugak subjek ni. Mula-mula dengar pensyarah yang akan mengajar subjek ini ialah Dr Normadiah tetapi tetiba je masuk kelas aku mendapati pensyarah yang akan mengajarku ialah Dr. Normaliza. Hari pertama aku masuk ke bilik Jauhari, aku berasa tidak selesa kerana ramai sangat yang memilih subjek itu. Selepas itu, barulah aku faham kerana subjek itu wajib dan pelajar semester akhir tidak akan terlepas untuk mempelajarinya. Masa mula-mula aku masuk, terkejut jugak aku lihat kepada Dr. Normaliza kerana beliau mempunyai perwatakan yang garang dan tegas. Oleh yang demikian, semua pelajar BBM3410 iaitu Bahasa Dalam Multimedia terpaksa dengar segala arahannya serta bertindak dengan pantas tentang apa yang disuruhnya. Dari saat itu aku berasa tidak selesa kerana aku ni jenis sempoi. Datang kelas pun selalu juga lewat tetapi aku tidak suka ponteng mana-mana kelas yang lain. Dr. Normaliza telah memberi syarat kepada semua pelajarnya supaya datang awal daripadanya sebelum pukul 12 tengahari. Kalau tidak pelajar itu akan dikenakan denda sama ada tidak diberi peluang untuk masuk ke kelaz dan sebagainya.

Selepas diberi keterangan oleh Dr. Normaliza tentang objektif mempelajari subjek bahasa dalam multimedia barulah aku faham sedikit tentang multimedia. Sebelum ini memang aku ‘ 0 ’ tentang multimedia. Kalau tengok pun multimedia yang telah siap dan dipaparkan di majlis-majlis tertentu, iklan, dan sebagainya. Kelas pertama aku, aku dapat belajar tentang asas grafik iaitu kesesuaian, keseimbangan, mudah, warna dan teks. Dari situlah baru aku mengerti tentang asas-asas grafik dalam menghasilkan multimedia. Selesai mendegar penjelasan Dr. Normaliza, terus beliau memberi tugasan. Sebelum tugasan dilakukan, semua pelajar diminta untuk mewujudkan kumpulan. Setiap kumpulan mestilah mempunyai enam orang ahli. Walaubagaimanapun aku risau jugak pada mulanya kerana aku sendiri tidak ada kumpulan. Nasib baik la ada satu kumpulan yang terdiri daripada semua wanita memerlukan seorang lagi ahli kumpulan untuk cukupkan kuota enam orang ahli. Lalu aku pun joinlah kumlan diorang.
Kumpulan aku terdiri daripada Farhah, Nine, Liza, Toyat, Farahanum dan aku sendiri. Nasib baiklah aku sudah mengenali diorang dan gabungan kami tidak menjadi masalah. Seterusnya dengan tidak menunggu lama kitorang menamakan kumpulan kitorang ialah ‘Kumpulan Kami’.

Selesai menubuhkan kumpulan, Dr. Normaliza terus memberikan tugasan harian iaitu menyediakan papan asas grafik. Ini yang paling aku tidak suka kerana tidak suka akan benda yang remeh-temeh. Tambah-tambah perlu cari gambar di majalah dan menampalkan di kertas A3. Sekali pikir macam permainan kanak-kanak. Ahhhh…tension aku. Namun demikian, terpaksa juga aku selesaikan tugas tersebut kerana ia merupakan tugas berkumpulan. Tugas ini memerlukan kerjasama bagi menyelesaikannya kerana masa yang diberikan adalah terhad. Kalau dibuat main-main kompem tak siap. Sekali aku terpikir, nasib baiklah aku join group perempuan. Ini kerana perempuan ini mempunyai sifat yang penyabar, teliti dan kreatif dalam menghasilkan sesuatu yang seni. Heheh….Dengan kerjasama kitorang, kumpulan aku merupakan kumpulan yang pertama menyiapkan tugasan tersebut. Dan dengan bangga ‘Kumpulan Kami’ keluar dari kelas untuk menghantar tugasan ke bilik Dr. Normaliza. Selepas itu, baru aku terpikir akan kepentingan menyediakan asas grafik ini. Walaupun ia merupakan perkara yang remeh tetapi ia merupakan asas yang paling penting dalam menghasilkan sebarang multimedia. Selepas tugasan itu, perasaan untuk mempelajari perkara seterusnya dalam bidang multimedia ini membuak-buak.

Selepas itu, aku berasa minat untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang asas multimedia serta asas-asas komputer. Kelas seterusnya aku rasa pelik dan hampir tergelak kerana semua kengkawan aku menangkap gambar semasa Dr. Normaliza mengajar dan memberi penjelasan di dalam kelas. Rupa-rupa baru aku sedar bahawa kelaz ini adalah kelaz multimedia. Jadi, tak hairanlah semua guna kemudahan multimedia kerana kemera adalah salah satu alat untuk multimedia. Tambahan pula Dr. Normaliza mengajar agak laju dan kalau diikutkat untuk menyalin nota yang diberikan memang tidak sempat. Tapi kalau menggunakan kamera, sekurang-kurangnya nota yang dipaparkan dapat diambil dengan cepat. Selain itu, pada masa yang sama, Dr.Normaliza telah memberikan tugasan yang kedua iaitu membuat esei sekurang-kurangnya tujuh muka surat. Tajuknya berkaitan dengan multimedia untuk kanak-kanak. Oleh yang demikian, aku serta ahli kumpulan yang pun bergegas untuk mengambil ‘port’ yang sesuai untuk menyiapkan tugasan tersebut. Disebabkan semua ahli kumpulan berada di depan, kitorang mendapat ‘port’ paling depan iaitu di tepi meja pensyarah. Semua pelajar terpaksa bersila dalam menyiapkan esei. Esei tersebut perlu ditaip dengan segera serta diposkan ke emel Dr. Normaliza. Tajuk ini agak sukar, namun dengan gabungan enam buah fikiran ‘Kumpulan Kami’ akhirnya berjaya juga menyiapkannya. Masa juga diberi agak singkat iaitu lebih kurang sejam lebih. Nasib baiklah Dr. Normaliza telah memesan awal-awl supaya setiap kumpulan sekurang-kurang membawa sebiji laptob bagi menyenangkan menaip esei tersebut. Kemudia baru saya faham kenapa Dr. berbuat demikian. Hal ini supaya kita dapat berfikir dengan pantas serta boleh bekerja di bawah tekanan. Perkara ini amat penting kerana selepas ini, semua pelajar akan mengharungi bidang pekerjaan yang akan diceburi dan sikap atau keadaaan ini mesti dialami sama ada bekerja dalam perkhidmatan awam atau swasta.

Seterusnya, Dr. Normaliza memberitahu bahawa kelas multimedia perlu diadakan kelas tuturiol. Oleh kerana pelajar terlalu ramai, kelas tutorial perlu dibahagikan kepada tiga masa iaitu petang Rabu, petang Khamis, dan malam Khamis. Semua pelajar berebut-rebut untuk mendaftarkan diri dalam slot-slot yang disediakan supaya tidak bercanggah dengan jadual kelas harian. Oleh itu, aku telah mendaftarkan diri dengan mengambil slot pada petang Khamis sebab aku ada geng iaitu Helmi, Hafsyam, Pito dan Din. Kawan-kawan aku nilah biasanya banyak menolong aku dalam apa-apa tugasan serta kadang-kadang dalam subjek yang lain kitorang selalu bergabung membentuk satu kumpulan untuk menyiapkan tugasan. Sementara itu,selepas mengetahui masa dan tempat tutorial, Dr. Normaliza memperkenalkan tutor kepada semua pelajar. Oleh kerana aku mengambil slot petang Khamis, tutor yang aku dapat ialah Cik Aliaa. Hari pertama masuk ke kelas tutorial aku masih tidak mengenali dengan lebih dekat tentang Cik Aliaa. Tiba-tiba masuk seorang yang ‘chubby’ telah ke kelaz kami dan barulah aku tahu bahawa dia merupakan tutor kami iaitu Cik Aliaa. Kali pertama beliau bersuara, aku berasa tidak selesa kerana dari kata-katanya yang berkaitan dengan pengawalan terhadap tugasan amat tegas. Melihat kepada perwatakan beliau pada mulanya agak tegas iaitu lebih kurang sama dengan Dr. Normaliza. Cik Aliaa juga mengenakan syarat yang sama seperti Dr.Normaliza iaitu pelajar yang datang lewat selepas pukul 5 petang tidak akan dibenarkan masuk ke makmal komputer. Melihat kepada mirip mukanya aku rasa macam ada kesinambungan daripada perwatakan pensyarah kami. Perasaan tidak puas hati untuk mengetahui siapa Cik Aliaa yang sebenar aku bertanya kepada kawan-kawan aku. “Eh korang kenal ke saper Cik Aliaa tutor kita tu?”. Semua kawan-kawan lelaki menggelengkan kepada. Itu tandanya mereka sama macam aku. Tiba-tiba cosmate perempuan aku bersuara iaitu, Farhah. Katanya “ Kalau korang nak kenal, Cik Aliaa ni anak kepada Dr. Normaliza. Pensyarah kita.” Betul la sangkaan aku sebelum itu yang melihat perwatakan yang lebih kurang sama di antara Cik Aliaa dan Dr.Normaliza.
Hari pertama tutorial, Cik Aliaa menerangkan perkara yang sepatutnya aku belajar dalam asas multimedia dengan menggunakan kemudahan komputer. Disebabkan menggunakan kemudahan komputer, kelas kitorang ditempatkan di makmal komputer B di Sanggar Bahasa. Tugasan pertama, aku diminta untuk menyediakan satu Microsoft Power Point yang paling kreatif. Tajuknya mestilah tentang masalah dunia, atau aktiviti yang termahsyur di dunia pada masa kini. Semua pelajar pun pening memikirkan tajuk yang sesuai untuk menyiapkan Power Point. Ditambah lagi dengan Power Point yang paling menarik beserta dengan lagu tema yang sesuai. Ramai pelajar membuat tajuk tentang alam sekitar, kesihatan, keganasan di Gaza. Selain itu, tajuk yang sudah dipilih oleh kawan-kawan tidak boleh sama dengan pelajar lain menambahkan legi kebingungan aku. Oleh kerana aku minat sukan, aku telah memilih tajuk yang berkaitan dengan sukan iaitu ‘ Sepak Takraw di Persada Dunia’. Aku telah mencari gambar-gambar melalui internet dan menyiapkan Power Point. Sebelum ini pun aku tidak pandai sangat tentang Power Point, selepas mendengar Cik Aliaa memberi penjelasan untuk memasukkan gambar serta memasukkan lagu, aku berasa perkara ini tidaklah payah sangat. Aku berasa kerja ini seronok kerana tidak sangat membebankan dan lebih kepada enjoy sebab kita boleh masukkan gambar yang kita suka.

Boleh dikatakan selepas mahir membuat Power Point, pensyarah kami, Dr.Normaliza telah mengarahkan kepada setiap kumpulan untuk mengambil gambar atau posing lain dari yang selalu kita posing. Dengan kata lain ambil gambar lain dari yang lain. Hal ini merupakan tugasan yang paling enjoy kerana setiap kumpulan diberi kebebasan untuk bergambar di mana sahaja di sekitar Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi untuk mendapatkan posing lain dari yang lain. Nak posing nilah kerja yang sukar sedikit pagi kumpulan kami walaupun dengan gelak tawa bersama kerana aku sorang je lelaki dan lima orang perempuan. Tambahan pula, ahli perempuan kumpulan aku agak pemalu untuk posing tambahan pula di sekitar fakulti yang ramai dengan pelajar yang lain terutama di sekitar latar siswa. Hehehe… Namun begitu, kitorang tebalkan juga muka untuk mendapatkan gambar yang paling menarik. Ada gambar seperti dilanggar kereta, panjat pokok, merenung awan dan sebagainya. Tapi yang paling menyeronokkan gambar aku yang sedang ‘willy’ motor. Aksi ini agak bahaya tetapi untuk menunjukkan bukti kepada Dr.Normaliza bahawa ‘Kumpulan Kami’ telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan gambar lain dari yang lain supaya berbeza dengan kumpulan lain. Selesai mengambil gambar, semua kumpulan diarah oleh pensyarah untuk menyediakan Power Point berdasarkan gambar tadi yang disertakan dengan dengan peribahasa yang sesuai beserta dengan lagu tema yang sesuai perlu dimasukkan untuk menyeronokkan lagi multimedia itu ketika dipertontonkan kepada umum. Dengan daya usaha yang tinggi serta keintelektualan setiap ahli kumpulan, Power Point ‘Kumpulan Kami’ berjaya disiapkan walaupun banyak masalah untuk menyiapkannya. Antara masalahnya semasa ingin membuat Power Point, seorang ahli kumpulan tidak dapat hadir. Oleh itu, kami terpaksa buat temu janji supaya semua dapat hadir dan memberi idea yang munasabah bagi menghasilkan Power Point yang menarik.
Seterusmya.melalui kelas multimedia ini, aku dapat mengeratkan hubungan silatulrahim antara ahli kumpulan seterusnya dengan semua pelajar. Perkara ini jelas apabila kitorang telah ditugaskan untuk menyediakan e-majalah iaitu salah satu elemen multimedia yang sangat penting terutama pada ketika ini, semua perkara lebih menekankan kepada teknologi serta multimedia. Pertama kali mendengar perkataan e-majalah, aku kelu tidak terkata. Dalam hatiku berkata “apakah jadah e-majalah ni”. Lama kelamaan barulah aku tahu tentang e-majalah ini iaitu iklan yang dibuat untuk memperkenalkan sesuatu produk tidak kiralah produk itu popular atau tidak. Janji dapat menarik pehatian kepada mereka yang melihatnya. Dari penjelasan Dr.Normaliza barulah aku ingat bahawa apa yang aku lihat sebelum ini iaitu iklan Lee Cooper di lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban merupakan salah satunya iklan yang berbentuk multimedia. Cuma sebelum ini aku tidak mengambil tahu peranannya dan hanya tengok gambar yang menarik sahaja. Oleh yang demikian, barulah aku ingat banyak iklan-iklan yang berbentuk multimedia di sekeliling aku. Tetapi tugasan yang diberikan oleh Dr. ialah keluaran produk yang belum lagi dikeluarkan oleh sesebuah syarikat di Malaysia. Sekali pikir, pelik juga pemikiran yang dimiliki oleh Dr.Normaliza kerana selalu ingin yang pelik-pelik. Selepas itu aku pikir, faedah yang diperolehi daripada idea-idea yang belum ada ini akan memberi banyak manfaat kepada kita kerana kita dapat menghasilkan sesuatu yang baru dan unik. Oleh yang demikian, masyarakat umum akan mencuba sesuatu yang baru. Daripada tugasan tersebut, aku beserta ahli kumpulanku berbincang untuk mengeluarkan suatu produk yang baru. Pikir punya pikir, kata sepakat telah dikeluarkan oleh kumpulanku iaitu mengeluarkan produk kasut yang tahan lasak. Kami dibekalkan enam keping kertas A4 sahaja untuk melukis produk tersebut untuk menyediakan e-majalah. Inilah perkara yang paling mencabar bagiku. Aku bab-bab melukis ni memang ‘ fill ’ dari sekolah rendah lagi. Tapi aku memang pakar dalam melukis orang lidi….heheheheh…Jangan marah….Aku ingatkan aku je tak pandai melukis rupa-rupanya semua macam aku kecuali Liza. Liza ni kira ok la dalam bab-bab melukis ni. Oleh itu, aku dan ahli yang lain cuma melakar draf dan selepas itu akan diberikan kepada Liza untuk dilukiskan bentuk-bentuk kasut yang kitorang cadangkan. Ketelitian Liza dalam melukis akhirnya kumpulan kami tiada masalah untuk menyiapkan e-majalah walaupun agak kelam-kabut kerana masa hanya diberi sejam lebih. Tidak kurang hebatnya dengan kumpulan lain dalam membuat e-majalah ini dalam merangka mengeluarkan produk diorang misalnya kumpulan Appolo, kumpulan Sin Chan, Kumpulan Lestari dan lain-lain lagi.

Minggu-minggu seterusnya aku pergi kelas seperti biasa. Tapi ada satu hari aku terlambat ke kelas. Hatiku berdebar-debar kerana risau dimarah atau dihalau oleh Dr. Normaliza kerana datang lewat ke kelas. Lewat tu tidak la lewat sangat cuma sampai di kelas pukul 12.10 tengahari. Nasib aku agak baik pada hari itu dan aku jugak terkejut kerana pensyarah hari itu bukan Dr.Normaliza tetapi Dr. Arbaie Sujud. FUhhhhh! lega hati aku.. kalau tidak entah apa denda yang akan dikenakan oleh Dr. Normaliza. Pada hari tersebut, aku dapat belajar tentang papan cerita. Aku ingat senang hendak buat papan cerita ini tetapi hakikatnya dalam menyediakan papan cerita ini memerlukan kepakaran yang tinggi serta perlu mengeluarkan idea-idea yang bernas dan tepat. Bentuk pengajaran Dr. Arbaie Sujud jauh berbeza dengan cara Dr. Normaliza mengajar. Dr. Arbaie lebih sempoi kerana beliau tidaklah straight sangat seperti Dr. Normaliza. Nota-nota tidak perlu disalin dan hanya boleh copy daripada komputer di dalam kelas yang beliau tinggalkan. Dr. Arbaie juga terkejut semasa beliau mengajar, ada pelajar yang datang ke depan untuk untuk mengambil gambar daripada nota yang dipaparkan. Selepas diberitahu bahawa Dr.Normaliza membolehkan pelajar mengambil gambar nota tersebut barulah Dr. Arbaie faham. Selepas itu pengajaran dan pembelajaran berlangsung seperti biasa. Tugasan yang diberikan oleh Dr.Arbaie Sujud supaya setiap kumpulan perlu menyediakan papan cerita mengenai Tsunami yang melanda negara pada tahun 2006. Tugasan ini memerlukan kemahiran yang tinggi kerana papan cerita ini sangat penting dalam menghasilkan sesuatu multimedia. Daripada tugasan ini, ia memberi pengalaman baru kerana sebelum ini aku pikir untuk menyediakan papan cerita adalah senang. Rupa-rupanya pandanganku meleset. Ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan idea perlu tepat dan bernas bagi menarik minat audiens tentang sebarang paparan multimedia.

Setelah pelbagai ilmu yang aku dapat daripada subjek bahasa dalam multimedia, Dr. Normaliza telah memberikan tugasan seterusnya bagi melengkapkan tugasan selama 14 minggu pengajian di semester kedua sesi 2008/2009. Tugasan kali ini merupakan tugasan yang paling mencabar bagi aku kerana setiap kumpulan wajib pergi ke rumah-rumah kebajikan seperti rumah anak yatim, rumah kebajikan dan sebagainya. Tugasan ini pada mulanya aku rasa entah apa-apa. Tidak ada kaitan langsung dengan bahasa dan multimedia. Tambahan pula terpaksa pergi ke rumah anak-anak yatim. Hendak buat apa je kat sana????? Persoalan ini bermain di fikiranku. Tugasan ini berat untuk aku terima pada mulanya kerana aku pada semester ini sibuk dengan projek paper serta tugasan-tugasan lain. Selain itu, hendak pergi ke rumah anak yatim bukan senang. Maksudnya hendak pergi memang senang tetapi prosedur sebelum pergi ke rumah anak-anak yatim itu boleh dikira rumit la. Terpaksa meminta kebenaran daripada Dekan fakulti untuk meluluskan sebarang aktiviti yang bakal dilakukan di rumah anak-anak yatim. Tugasan ini perlu digabungkan dua kumpulan bagi meringankan beban dalam melaksanakan sesuatu aktiviti. Oleh itu, ‘Kumpulan Kami’ telah bergabung dengan ‘Kumpulan Sin Chan’ untuk pergi ke rumah anak yatim. Selesai satu masalah timbul lagi masalah yang lain. Gabungan kami terpaksa mencari rumah anak yatim yang paling dekat dengan UPM bagi mengurangkan kos perbelanjaan. Hal ini kerana kitorang terpaksa berjimat-cermat kerana semester terakhir memerlukan perbelanjaan yang besar terutama untuk menyiapkan projek ilmiah. Semua ahli kumpulan telah serve dalam internet untuk mencari rumah anak yatim yang paling dekat. Akhirnya gabungan kitorang berjaya mendapatkan rumah anak yatim iaitu Rumah Anak Yatim Nursalam yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Setelah berbincang dengan pengurus pusat kanak-kanak tersebut, akhirnya gabungan kami telah berjaya membuat temujanji iaitu pada hari minggu bertarikh 23/02/2009 iaitu pada hari Ahad.
Tugasan ini amat memenatkan aku kerana banyak perkara perlu disettlekan. Gabungan kami telah berbincang bagi mendapatkan sumbangan untuk disumbangkan kepada anak-anak Nursalam. Surat meminta sumbangan telah dibuat dan disahkan oleh pengetua kolej kami iaitu pengetua Kolej Tun Dr. Ismail. Selepas itu, gabungan kitorang bekerjasama serta berganding bahu bagi mendapatkan sumbangan yang sepatutnya. Namun demikian, selepas mendapat sumbangan daripada warga Kolej Tun Dr Ismail ia masih tidak mencukupi untuk menyediakan sumbangan kepada anak yatim kerana penghuni anak yatim Nursalam agak ramai iaitu lebih kurang seratus lebih penghuninya. Setelah semua kerja dibereskan, gabungan kami perlu berjumpa dengan Dr. Normaliza sebelum bertolak ke rumah anak yatim Perjumpaan ini adalah merupakan amanat atau pesanan terakhir yang perlu disampaikan oleh Dr.Normaliza semasa berada di Rumah Anak Yatim Nursalam. Beliau juga meneliti tentang tentatif program yang akan dilaksanakan di rumah anak yatim tersebut. Sebelum meninggalkan bilik Dr. Normaliza, gabungan kumpulan kami terkejut melihat Dr.Normaliza mengeluarkan sampul surat yang berisi wang RM100 supaya diserahkan kepada pengurus rumah anak yatim tersebut sebagai sumbangan kepada Rumah Anak Yatim Nursalam. Aku berasa amat berbesar hati pada masa itu dan perasaan terharu tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Selepas itu, barulah aku tahu bahawa pensyarah yang aku sangka garang orangnya mempunyai hati yang sangat baik. Selepas itu, aku terpikir mungkin tugasan ini memang leceh tetapi pengalaman selepas itu amat berharga bagi diriku.

Malam sebelum bertolak ke rumah anak yatim tersebut, gabunganku telah bertungkus-lumus dalam menyediakan makanan yang akan diagihkan kepada anak yatim sebagai sarapan pagi. Gabunganku telah menyediakan sandwich yang di masak pada pukul 4 pagi sebelum bertolak ke bandaraya Kuala Lumpur di mana Rumah Anak Yatim Nursalam terletak. Pada pukul 7pagi kami pun bertolak ke Rumah Anak Yatim Nursalam dan akhirnya kitorang sampai walaupun sedikit sesat…heheheh… Kami disambut dengan hati yang terbuka oleh pengurusnya yang suka dikenali dengan panggilan ‘Daddy’. Banyak aktiviti yang dilakukan di rumah anak yatim tersebut misalnya pertandingan lukisan mengikut peringkat umur, pastu ice-breaking dan banyak lagi. Aktiviti dapat memberi pengalaman berguna kepada aku kerana dalam hidup aku, inilah kali pertama aku menjalankan aktiviti di rumah anak yatim. Oleh kerana kitorang yang agak ‘friendly’, anak-anak yatim selesa mendekati dan berkongsi cerita tentang hidup masing-masing. Cerita mereka banyak yang menghayat hati. Oleh sebab itu,baru aku sedar motif utama Dr. Normaliza mengarahkan kami berbuat kerja amal ini bagi membahagiakan serta memberi kasih sayang kepada anak-anak yatim yang sebelum ini tidak mendapat kasih-sayang yang secukupnya. Setelah hampir sehari berkongsi cerita dengan anak-anak yatim, kami pun berasa puas hati kerana tanggungjawab kami yang ditugaskan oleh pensyarah terlaksana. Akan tetapi, aku berasa tanggungjawab ini tidak akan terhenti setakat tugasan subjek sahaja malahan akan kekal dalam jiwa dan sanubari aku untuk mengadakan lebih banyak lagi kerja-kerja amal di rumah kebajikan, rumah-rumah anak yatim dan sebagainya. Setelah hampir selesai aktiviti yang dijalankan , gabunganku telah diterangkan oleh ‘Daddy’ tadi mengenai serba sedikit tentang Rumah Anak Yatim Nursalam. Aku tak sangka bahawa sebelum ni aku pernah melihat siaran hiburan di Astro iaitu program ‘Malam Sehati Berdansa’ di mana pasangan Fauzi Nawawi dan Lisdawati merupakan artis yang mewakili Rumah Anak Yatim Nursalam dalam mengutip derma untuk diagihkan kepada penghuni Rumah Anak Yatim Nursalam. Selepas itu barulah aku tahu bahawa rupa-rupanya Rumah Anak Yatim Nursalam adalah sebuah rumah anak yatim terkenal di tengah bandaraya Kuala Lumpur, iaitu di kawasan Chow Kit.

Selepas tugas ke rumah anak yatim hatiku lega sedikit kerana tugas tersebut memang memberi cabaran kepadaku. Namun begitu, banyak pengalaman baru dalam hidupku yang tidak mungkin aku lupakan sampai bila-bila. Seterusnya aku ditugaskan pula oleh Cik Aliaa untuk membuat website sendiri. Ini yang memeningkan kepalaku kerana aku tidak pandai sangat bab-bab Adobe Photoshop dan Microsoft Front Page. Microsoft ini pertama kali aku kenal dan terasa kerdil sangat diri ini walaupun sudah berumur 23 tahun namun asas-asas Microsoft masih ada lagi yang tidak diketahui. Oleh yang demikian, aku kuatkan semangat untuk mempelajari dan menguasai pada suatu hari nanti. Tugasan yang bertajuk tentang biodata diri perlu disiapkan dalam masa tiga minggu. Waktu ini amat singkat bagi diriku yang langsung tidak pandai tentang Front Page. Namun, sikap ambil berat oleh tutor Cik Aliaa, kerja aku menjadi agak senang. Penerangan yang jelas yang diberikannya mudah untuk aku memahaminya. Selain itu, kalau pelajar tidak faham, Cik Aliaa akan memberi penjelasan sehingga semua pelajar memahaminya. Tugasan ini pada mulanya sukar tetapi selepas aku berjaya menguasainya, aku berasa sungguh seronok dan gembira kerana gambar atau lagu yang aku masukkan dalam websiteku merupakan semua lagu kegemaranku. Tugasan ini memang tidak jemu untuk disiapkan kerana aku lebih suka membuat ‘hiperlink’ daripada perkara yang induk kepada perkara yang lebih kecil. Oleh kerana telah mempelajari bagaimana mengedit gambar, tugasan ini mudah bagiku.
Perkara yang aku memang terasa dalam subjek bahasa dalam multimedia ialah dalam menyiapkan tugasan membuat kalendar. Ini kerana kosnya amat tinggi bagi diri yang serba kekurangan ini iaitu untuk print kalendar tersebut rm27 dikenakan untuk enam halaman. Namun kerana ilmu aku rela berkorban untuk menyiapkan kalendar tersebut dengan sedaya yang mungkin. Gambar terpaksa diedit dengan teliti melalui Adobe Photoshop dan diletakkan ke atas background yang bersesuaian. Tema bagi kalendar ini adalah bebas. Ini agak selesa bagiku kerana gambar-gambar yang diedit tidak terikat dengan tema-tema tertentu. Aku memilih tema kawan-kawan dan memilih gambar kengkawan aku dan aku sendiri untuk dijadikan kalendar tahun 2009. Selepas itu barulah aku berasa seronok kerana pertama kali dalam hidup aku berjaya membuat kalendar sendiri di mana di dalam kalendar tersebut terdapat gambarku sendiri dan gambar kawan-kawan lamaku. Selepas itu aku berasa amat seronok kerana dapat mempelajari tentang multimedia walaupun sebelum ini aku memang ‘ 0 ‘ tentang multimedia.
Tugasan aku yang terakhir sekali dalam subjek ini ialah membuat blog sendiri melalui internet untuk tujuan berkongsi pandangan. Tetapi Cik Aliaa telah memfokuskan blog yang sepatutnya dibuat adalah tentang seorang tokoh yang berjaya yang aku kenali. Beliau menyuruh aku mengeposkan sekurang-kurangnya 10 dokumen tentang diri tokoh tersebut. Tanpa berlengah, sehari selepas itu, aku terus berjumpa pensyarah yang aku kagumi iaitu Dr. Kamariah Kamarudin yang merupakan seorang pensyarah di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Aku menemuramah beliau untuk mendapatkan data tentang biodata beliau, pendidikan, kerjaya, karya dan sebagainya untuk dimasukkan ke dalam blog aku untuk tatapan umum. Selepas itu barulah aku merekabentuk blog aku. Dalam hal ini juga aku memang tak pandai sangat. Aku meminta tunjuk ajar oleh rakan-rakanku yang lain antaranya Helmi, Din dan Pito. Selesai tugas membuat blog ini dah kira khatamlah aku dalam subjek bahasa dalam multimedia (BBM3410) semester kedua sesi 2008/2009. Aku berasa puasssssss…..Aku berjaya menyiapkan semua tugasan yang diberikan.
Secara keseluruhannya subjek BBM 3410 iaitu Bahasa Dalam Multimedia banyak memberi sesuatu yang baru dalam diriku di mana sebelum ini aku memang blurrrr-blurrrr tentang multimedia berubah di mana sekurang-kurangnya aku tahu serba sedikit tentang blog, website, adobe photoshop dan sebagainya. Pengalaman berharga juga diperoleh semasa melawat dan melakukan kerja-kerja amal di Rumah Anak Yatim Nursalam. Dengan kata lain, banyaklah ilmu-ilmu berguna yang aku perolehi dalam subjek ini yang tidak ada pada subjek-subjek lain. Tetapi semua ini bermula oleh seorang pensyarah yang saya kagumi dengan pendiriannya serta ketegasannya iaitu Dr. Normaliza. Dr. Normaliza banyak membantu aku dalam menyiapkan pelbagai tugasan yang diberikan dan tanpa beliau memang aku masih ketinggalan dalam perkara multimedia ini. Beliau banyak membimbingku dalam membentuk insan yang lebih peka terhadap tugasan yang diberikan dan menyiapkannya dalam masa yang ditetapkan. Hal ini penting kerana menurut beliau, selepas ini semua pelajar tahun akhir di FBMK akan menerokai bidang pekerjaan dan sikap bertanggungjawab dan berdisiplin amat penting dalam sesuatu kerjaya. Tidak lupa juga kepada tutor yang cute iaitu Cik Aliaa kerana banyak membantuku dalam hal-hal yang berkaitan dengan komponen Microsoft Front Page, Photoshop, Website dan Blog. Sekali lagi sekalung penghargaan buat Dr. Normaliza dan anaknya Cik Aliaa. Jasa korang tetap aku sanjung sampai bila-bila….INSYAALLAH…

Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya tumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi…….

Sekianlah bicara saya tentang subjek BBM3410 iaitu Bahasa Dalam Multimedia semester kedua sesi 2008/2009……ASSALAMUALAIKUM….take care…..senyum sokmo…adios, amigos…..Ingat aku dalam doamu……Jumpa Lagi…